Terms and Conditions
AMDI Newsletter
POLISI PENGIKLANAN
PENGENALAN
IPPT, USM telah merangka dan menetapkan garis panduan untuk memastikan Pengiklanan yang
diterima masuk untuk diiklankan dalam AMDI Newsletter/AMDI Magazine, laman sesawang dan apa-
apa jenis aplikasi yang disasarkan untuk pengguna diselia dan dikawal mutu pengeluaran sepenuhnya
oleh IPPT,USM dari segi kandungan yang ingin dipaparkan, cara dan gaya serta stail pengiklanan
tersebut, penolakkan terhadap pengiklanan yang telah diterima masuk dan pengeluaran pengiklanan
yang telah dipaparkan atas sebab-sebab munasabah dan atau difikirkan patut oleh IPPT, USM.
DEFINISI PENGIKLANAN
“Pengiklanan” yang dinyatakan dalam polisi ini selepas ini adalah dirujuk sepenuhnya kepada
pengiklanan yang akan, sedang dan telah diiklankan dimana-mana bahagian dalam AMDI
Newsletter/AMDI Magazine oleh pihak ketiga dan/atau pengiklan.
PINDAAN
USM diberi kuasa mutlak yang tidak boleh disangkal pada bila-bila masa dengan menggunakan budi
bicara untuk menyelesaikan dan memberi keputusan akhir terhadap mana-mana isu yang dibangkitkan
berkaitan Pengiklanan di AMDI Newsletter/AMDI Magazine.
USM adalah berhak sepenuhnya untuk meminda dan menambah baik mana-mana terma dalam polisi
ini pada bila-bila masa dengan mengeluarkan polisi baru tanpa perlu berbincang dan mendapat
persetujuan dari mana-mana pihak ketiga dan/atau pengiklan.
USM adalah berhak dan diberi kuasa mutlak sepenuhnya untuk menentukan jenis Pengiklanan yang
akan diterima untuk dipaparkan pada mana-mana ruangan di AMDI Newsletter/AMDI Magazine dan
pada masa yang sama berhak sepenuhnya untuk menolak mana-mana jenis pengiklanan yang tidak
sesuai untuk dipaparkan mengikut budi bicara USM sepenuhnya tanpa perlu memberikan apa-apa
penerangan dan/atau alasan serta justifikasi ke arah tindakan tersebut.
Segala jenis pengiklanan yang mempunyai unsur-unsur yang boleh mengelirukan pengguna/pembaca
atau mana-mana pengiklanan pada pandangan USM adalah tidak bermanfaat, tidak memenuhi
keperluan serta kandungannya tidak tepat atau yang dikategorikan oleh USM sebagai tidak sesuai
boleh diketepikan dan tidak diterima masuk untuk diiklankan.
PENGIKLANAN YANG TIDAK DITERIMA
Antara Jenis pengiklanan yang tidak akan dipapar pada mana-mana keluaran AMDI Newsletter/AMDI
Magazine dan ianya tidak hanya terhad pada apa yang dinyatakan secara spesifik di sini, malah boleh
merangkumi jenis-jenis pengiklanan lain yang dirasakan tidak bersesuaian dan menepati kehendak dan
tujuan pengiklanan USM:
• Produk yang secara jelasnya tidak sah, diragui, tidak sahih, tidak dibenarkan, tidak berkesan,
berbahaya dan bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang (USM berhak
menentukan apa yang ‘tidak dibenarkan’, ‘tidak berkesan’ dan/atau ‘berbahaya’).
2Polisi Pengiklanan AMDI Newsletter/AMDI Magazine
• Produk yang mengandungi bahan dan/atau kandungan yang berunsur penipuan, mengelirukan
dan/atau menyinggung mana-mana individu, pihak-pihak berkenaan, syarikat, koperasi dan
yang berkaitan dengannya
• Produk yang memberi gambaran tidak tepat, salah dan tidak boleh diterima, mengejek,
mendiskriminasi (samaada secara tersurat atau tersirat) atau berunsur menyerang mana-mana
individu dan/atau kumpulan dari sudut usia, kaum, bangsa, agama, jantina, seksual, status
perkahwinan, kecacatan atau status-status lain yang dianggap tidak bersesuaian untuk AMDI
Newsletter/AMDI Magazine.
• Mana-mana pengiklanan yang berkaitan dengan Alkohol.
• Mana-mana pengiklanan yang melibatkan penggunaan dan berunsur mempengaruhi
pengguna ke arah menggunakan, membeli, menjual dan apa-sahaja yang berkaitan dengan
senjata, bahan api, peluru, mercun.
• Mana-mana pengiklanan yang mempunyai unsur perjudian.
• Mana-mana pengiklanan yang melibatkan pornografi atau yang berkaitan dengannya.
• Mana-mana pengiklanan yang melibatkan penggunaan tembakau.
• Simulasi berita atau kecemasan.
• Mana-mana pengiklanan yang memaparkan produk atau servis yang tidak dapat diterima akal,
tidak mungkin atau luar biasa
• Kandungan media atau mesej yang terlalu menyerlah atau menyala.
• Kandungan media atau mesej yang mengandungi “keajaiban” seperti hilang berat badan atau
pengubatan yang lain dan berunsur mempengaruhi
• Pengiklanan yang melangkaui ruang pengiklanan atau mengganggu kandungan serta
menjejas kebolehbacaan kandungan lain.
• Pengiklanan yang meniru fungsi komputer atau secara penipuan menunjukkan komputer atau
fungsi lain yang wajar bagi pengguna untuk menganggapnya sebagai alasan untuk mengklik
aplikasi atau link berkaitan yang dipaparkan.
TANGGUNGJAWAB IPPT, USM
IPPT, USM bertanggungjawab di bawah USM akan berusaha memastikan semua kandungan
pengiklanan di ruangan AMDI Newsletter/AMDI Magazine akan dikawal pengeluarannya supaya tujuan
sebenar pengiklanannya adalah dapat difahami dengan jelas tanpa ada maksud yang mengelirukan
dan tersirat serta boleh ditafsirkan ke arah membawa maksud yang lain dan atau tidak sepatutnya.
Klik pada Pengiklanan hanya boleh menghubungkan pengguna akhir ke laman web pihak ketiga atau
ke kandungan tajaan yang relevan di AMDI Newsletter/AMDI Magazine.
IPPT, USM berhak untuk menerima, menolak, membatal, mengeluarkan atau membuang pada bila-
bila masa mana-mana Pengiklanan dari ruangan AMDI Newsletter/AMDI Magazine dengan alasan apa
pun tanpa perlu memaklumkan tindakan tersebut kepada pihak ketiga dan/atau pengiklan.
IPPT, USM tidak bertanggungjawab atau tidak sesekali memberi jaminan bahawa mana-mana program
atau komponen pengiklan akan berfungsi dengan baik pada setiap masa sepanjang pengiklanan tanpa
ralat pada mana-mana platform, termasuklah laman web, peranti mudah alih dan aplikasi.
3Polisi Pengiklanan AMDI Newsletter/AMDI Magazine
TANGGUNGJAWAB PENGIKLAN
Adalah menjadi tanggungjawab Pengiklan sepenuhnya untuk memastikan pengiklan sentiasa bertindak
mematuhi terma-terma yang dinyatakan dalam mana-mana bahagian polisi ini dan peruntukan undang-
undang yang berkaitan khususnya undang-undang Malaysia dan segala peraturan domestik dan asing
yang perlu dipatuhi secara am dan secara khususnya tanpa menegnepikan dan/atau tidak mengambil
peduli tentang aspek-aspek penting ini termasuk tanpa batasan garis panduan KKM semasa untuk
Pengiklanan.
USM tidak akan memantau kepatuhan terhadap mana-mana peruntukan undang-undang dan
peraturan yang berkaitan. Walau bagaimanapun, USM berhak untuk meninjau semua Pengiklanan
pada bila-bila masa yang USM rasakan patut bagi memastikan pengiklan mematuhi peruntukan
undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan, jika USM mendapati adanya pelanggaran atau
kemungkinan pelanggaran undang-undang atau peraturan yang berkaitan atau mana-mana terma
polisi ini, USM adalah berhak dan diberi kuasa mutlak untuk membatalkan, menolak, mengeluarkan
serta menghapuskan sepenuhnya Pengiklanan tersebut dari AMDI Newsletter/AMDI Magazine.
© 2020 ONSS. Institut Perubatan dan Pergigian Termaju